KOSMO semalam melaporkan tindakan pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berdemo di hadapan Wisma Negeri. Tapi, itu bukan isunya.
Yang menarik perhatian aku ialah bila diteliti gambar tu, terselit pulak gambar mamat yang baru kena gantung pengajian hari tu.
Hello saudara, sendiri dah kena gantung, nak seret orang lain kena gantung sama ke? Kalau PAS dikatakan ada parasit, inilah parasit sistem pendidikan tinggi negara.
Berita asal boleh dilihat seperti di bawah:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
Penuntut Kuin desak rektor undur diri
Oleh NORLIDA AKMAR IDROSnorlida.idros@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada pelajar Kuin yang menyertai perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar semalam.
ALOR SETAR – Sekumpulan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mendesak supaya rektor institusi pengajian tinggi itu meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menangani isu kebajikan penuntut dengan baik.
Selain itu, kalangan penuntut yang mengadakan perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman di sini semalam turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang didakwa tidak menghormati hak dan kebebasan bersuara penuntut.
Sehubungan itu, pengerusi perhimpunan tersebut, Rendy Ismail, 22, yang mewakili penuntut Kuin meminta Jamil meletakkan jawatan dan ditukarkan dengan rektor baharu.
“Mahasiswa (Kuin) sudah muak kerana banyak isu kebajikan penuntut yang tidak mampu diselesaikannya (Jamil) termasuk melibatkan masalah pengagihan wang zakat kepada pelajar.
“Satu lagi adalah isu keselamatan yang mana lapan blok asrama penuntut di Mergong dan Star Gate yang didakwa tidak mempunyai sijil layak menduduki,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan perhimpunan di hadapan Wisma Darul Aman di sini semalam.
Pada perhimpunan yang disertai kira-kira 100 penuntut kolej itu, Rendy turut menyerahkan satu memorandum tuntutan tersebut kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Besar Kedah, Ismadi Abu Bakar.
Berhubung isu pengagihan zakat, dakwanya, ia lambat diagihkan kepada lebih 2,000 penuntut.
Malah tambahnya, bantuan zakat tersebut juga dipotong sebanyak 50 peratus bagi penuntut yang mempunyai tunggakan yuran pengajian.
Sementara itu, Jamil gagal dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai desakan penuntut tersebut.
