Monday, September 19, 2011

Pelajar Matrikulasi Masih Tidak Mendapat Tempat Di Universiti Selepas Rayuan - Kementerian Mendiamkan Diri

Keputusan rayuan untuk kemasukan ke IPTA telah pun selesai diumumkan pada 16 September 2011 yang lalu.

Seperti yang yang saya jangkakan dan terbukti apabila pihak Kementerian masih melagukan rentak lama dan skrip yang standard tentang kegagalam pelajar Matrikulasi mendapat tempat ke IPTA.

1. Pelajar bersalah kerana tidak pandai pilih kursus dan hanya pilih kursus-kursus popular yang tempatnya terhad;

2. Pemilihan adalah berdasarkan Merit akademik dan kokurikulum;

3. Nisbah pelajar wanita yang melebihi lelaki maka harus diseimbangkan.

Namun begitu, persoalan saya seperti yang tersiar di ruangan ini pada bulan 17 Julai yang lalu masih belum dijawab Kementerian:

1. Jika sekiranya pelajar-pelajar tidak pandai memilih kursus ikut kelayakan, kenapa pihak Kememnterian yang sedia arif itu tidak menawarkan kursus yang mereka layak mengikut budi bicara Kementerian? Harus diingat, ketika permohonan awal dahulu, pelajar yang memilih “YA” untuk ditawarkan kursus selain pilihannya tetap tidak menerima tawaran dan disuruh membuat rayuan. Ketika membuat rayuan pula, Kementerian meletakkan penafian (disclaimer) yang pihak Kementerian berhak menawarkan kursus selain yang dipohon pelajar.

2. Apakah sebenarnya kelayakan masuk Universiti benar-benar bersandarkan merit kerana pelajar aktif pun tidak mendapat tempat? Kalau bersandarkan merit, anak saudara saya ialah Presiden Kelab Kembara di Pusat Matrikulasi beliau dan aktif dalam pementasan drama selain mempunyai CGPA 3.09. Tinggi sungguh lah merit diletakkan kalau aktif sebegini pun masih dikira belum cukup layak.

3. Ke mana hala tuju pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpinggir ini? Adakah Kementerian akan membantu mendapatkan tempat di IPTS sebagai alternatif? Saya tidak kisah kalau pelajar tersebut gagal (sememangnya tidak layak) malah jauh sekali mendapat keputusan sekadar ‘cukup makan’, tetapi pelajar-pelajar terpinggir ini ialah pelajar-pelajar cemerlang dan bertungkus lumus selama dua semester di Pusat Matrikulasi.

4. Cuba kita lihat pengambilan Matrikulasi yang sebegitu banyak untuk tahun ini. Apa gunanya Kementerian begitu ghairah mengambil ramai pelajar Matrikulasi sekiranya selepas tamat pengajian, tempat mereka di Universiti tidak terjamin? Adalah lebih baik mereka ini menerima tawaran Diploma sekiranya mereka tahu kesudahan mereka adalah sebegini.

5. Merujuk kepada nisbah pelajar lelaki dan wanita yang tidak seimbang. Ini bukan maklumat baru kerana Kementerian sudah pun tahu semasa kemasukan pelajar-pelajar ke Matrikulasi mengenai berapakah jumlah pelajar wanita berbanding lelaki. Bukankah sesuatu yang tidak adil sekiranya ada di antara pelajar-pelaja perempuan Matrikulasi yang tidak mendapat tempat hanya kerana hendak diseimbangkan nisbah ini?

6. Kerajaan telah membelanjakan duit yang banyak membina Pusat Matrikulasi di seluruh Negara dan malah memberi pembiayaan penuh kepada pelajar-pelajarnya sepanjang mereka menuntut ilmu di sana. Bukankah satu pembaziran jika mereka ini dipinggirkan di hujung jalan?

Sememangnya Kementerian cuba berlaku adil dengan memberi peluang para lepasan STPM dan Diploma yang turut bertungkus lumus belajar untuk mendapat tempat di Universiti. Namun demikian, jangan dinafikan hak pelajar-pelajar Matrikulasi ini kerana beradanya mereka di Matrikulasi ialah sebagai habuan atas usaha keras mereka semasa di peringkat SPM dulu. Jika melihat dari sudut lain pula, siapakan lebih teraniaya antara ketiga-tiga golongan ini sekiranya tidak mendapat tempat ke Universiti? Para pelajar Diploma sudah boleh selesa menjawat jawatan Pegawai dengan Diploma yang disandang. Pelajar-pelajar STPM sudah semestinya lebih bernasib baik berbanding pelajar-pelajar Matrikulasi yang terpaksa mencari kerja hanya berbekalkan sijil SPM.

Sekiranya hendak berbicara tentang prinsisp adil pula, saya cadangkan tutuplah sahaja Pusat Matrikulasi dan biarkan semua pelajar bersaingan melalui STPM. Janganlah menganiaya pelajar-pelajar ini dengan membiarkan mereka menghabiskan 2 semester untuk belajar tanpa mendapat apa-apa pulangan selain kerugian masa dan duit Kerajaan.

Terima kasih.

Sunday, July 17, 2011

Budak Matrikulasi 3 Pointer Pun Tak Dapat Tempat Ke Universiti?

Updates: 18 July 2011 Dah ada Ibu yang complain kes yang sama
ARKIB : 18/07/2011

Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?
IBU PRIHATIN
Pasir Gudang, Johor Bahru.

SAYA merupakan ibu kepada pelajar lulusan matrikulasi 2010/2011 yang mana keputusan kemasukan ke universiti untuk peringkat ijazah pertama sessi akademi 2011/2012 telah pun dikeluarkan 15 Julai lalu.

Anak saya tidak berjaya mendapat tempat di universiti yang ditawarkan walaupun melalui kelulusan beliau melayakkannya memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

Beliau sudah pun membuat e-rayuan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti mana disarankan.

Yang menjadi tanda tanya saya, ke manakah arah tujuan pelajar lulusan matrikulasi ini? Mereka berusaha dengan sepenuh usaha untuk mendapat pointer yang bagus dan lulus serta melayakkan mereka untuk menyambung pengajian tetapi gagal mendapat tempat ke universiti tempatan.

Semasa sessi penerangan dahulu, kami ibu bapa dimaklumkan tiada seorang pun pelajar matrikulasi terpinggir daripada mendapat tempat di universiti tempatan kecuali gagal sahaja dan dibuang kerana gagal mendapat keputusan yang baik.

Saya ingin meminta jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya peka dengan masalah yang dihadapi bekas pelajar matrikulasi.

Mereka ini berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi demi masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
*********************************************************************************

Apa cerita sebenarnya ni? Anak saudara saya dapat CGPA 3 pointer pun still tak dapat tempat masuk U? Siap nak kena buat rayuan pulak lepas ni. Itu pun wallahualam akan dapat ke tidak.
Kenapa jadi macam ini? Buat apa bersungguh-sungguh ambil intake matrikulasi ramai-ramai kalau tempat di Universiti tidak terjamin?
Ada sesiapa kat luar sana dapat jawab kemusykilan saya ni?

1. Kenapa open intake matrik ramai giler tapi tak dapat sedia tempat masuk U?

2. Kenapa tidak bagi peluang pelajar-pelajar ni masuk jugak U walaupun bukan kursus yang diminta? (Sebelum ini pelajar berpeluang juga masuk U kalau tak dapat kursus yang diminta akibat saingan sengit)

3. Kenapa buang masa pelajar-pelajar ini selama setahun kalau end up tak dapat tempat di Universiti. Kalau result teruk lainlah or gagal memang jauh sekali harap simpati. Kalau mereka ini tahu ini jadinya, lebih baik dulu mereka ambil Diploma sahaja.

4. Apa nasib akan jadi pada pelajar Matrikulasi ini? Berbanding saingan lain, pelajar STPM sekurang-kurang ada STPM, pelajar Diploma dah boleh jadi pegawai.. pelajar Matrikulasi? Takkan nak minta kerja guna SPM? Sijil Matrikulasi bukan ada value! Takkan nak punish mereka-mereka ini for doing well in their SPM sedangkan tak diberi advantage langsung memegang tiket pelajar Matrikulasi?

5. Kenapa susah payah kerajaan buang duit berbelanja buka Pusat Matrikulasi seluruh negara dengan pelajarnya mendapat pembiayaan penuh bila at the end of the day product Matrikulasi diketepikan sebegini?

Kecewa betul... sebagai uncle saya kecewa, apatah lagi anak saudara saya yang menanggungnya. Kepada lepasan-lepasan SPM di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum menerima tawaran Matrikulasi.
Jika ambil Diploma, anda ada lagi 2 tahun saja untuk tamat...jika tambah setahun, anda dah menggenggam sijil STPM... tapi ambil Matrikulasi? Anda mungkin bazirkan 1 tahun begitu saja, nak masuk IPTS atau nak minta kerja kena balik guna SPM... sayang betul ini terjadi kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM suatu ketika dulu.

Thursday, April 14, 2011

Good News, Bad News...

Good News...

Jumaat lepas TV my mom kat kampung rosak. Takkan nak balik Aloq sekadar nak beli TV ajer? Lepas tu, teringat iklan Senheng yang anak dia antar TV balik kampung tu.

So, aku pegi lah Senheng. Memang bagus betul. Semua nya online. Aku order dan bayar TV tu kat cawangan Senheng kat Shah Alam, tapi warehouse kat Sungai Petani yang receive dan prepare order. Jumaat petang beli kat Shah Alam, Isnin petang Senheng cawangan Alor Setar dah deliver TV tu kat umah mak aku. Very convenient :).

Sejuk hati mak aku dapat TV baru. Bagus betul konsep Senheng ni, you can order from anywhere and send to anywhere in Malaysia. "Beza, memang berbeza..."

Bad News...

Berita 2 hari lepas (kalau tak salah) PM umum nak bagi rebate 15% cukai pendapatan untuk tarik rakyat Malaysia yang keje luar negara nak balik keje sini.

15%?! What? Dah ler pegi study oversea menghabiskan duit kerajaan tapi tak reti-reti nak balik. Sesen pun tak bayar balik duit scholar pulak tu. Dapat degree keje kat sana, spend duit kat sana. Apa sumbangan diaorg untuk Malaysia? Cukai tak pernah bayar, aliran tunai tak pernah masuk Malaysia in terms of spending dan sebagai. Lagi mau bagi muka diaorg ni ke, siap kasi rebate cukai pendapatan?

Ni yang angin ni, orang macam kita keje kuat, kena potong cukai dalam pay slip every month. Dapat bonus pun kena potong cukai lagi. Duit kita diperabih untuk bawa balik orang-orang macam diaorg? Dah ler aku dapat bonus 4 bulan pun tak terasa sebab kena potong cukai banyak. Takkan nak tunggu taksiran next year baru nak dapat balik lebihan bayaran? Yang tahun ni punya lebihan bayaran pun tak dapat-dapat lagi?

Bagi lah muka sangat kat diaorg tu, macam takde rakyat Malaysia lain sedia ada (yang banyak menganggur) yang berkelayakan nak diambil bekerja. Macam my cousin, kerajaan hantar study UK (dua-dua laki bini under scholar JPA), abis belajar kahwin, dan beranak pinak, keje sana tak reti nak balik. Padan ler JPA pun, apa jadi dengan bond 8 tahun ke 5 tahun untuk scholar tu, langsung takde follow up. At least, kalau dah berlagak sangat kaya raya keje kat luar negara, suruh diaorg bayar balik kos scholar tu so that ramai lagi student kita ada peluang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Saturday, February 26, 2011

Happy birthday my son!

My 1st son turned 4 today, 26 February 2011.
Happy birthday my son. May you grow up to be anak yang soleh and successful in your life.
And, may Allah bless you all the days of your life and future undertakings, insyaallah!
Daddy loves you :)

Monday, January 17, 2011

Tips Temuduga Untuk "Fresh Graduates" (Part II)

6. Come early for interview but not too early
Many people always advice us to come early for an interview; at least 1 hour or so. The reason being is to avoid you feeling restless and panic if any unanticipated event happens, i.e car broke down, traffic jams etc. You will have an ample of time to handle should any of this thing happens.
What I want to add to the above 'usual advise' is that; it is good to come 1 hour (or more) early, BUT only enter the interview place 30 minutes before the interview. 30 minutes will be sufficient for you to fill in any personal data forms or anything.
This is because; many companies do not like people 'flooding' their reception area. They might think that you have no respect for time. This rule only applies for scheduled interview. For an open interview, crowd is something normal and has already been anticipated.
Therefore, if they ask you to come at 3.00pm, please don't come at 2.00pm. You have to understand that the company has made the necessary arrangements to make sure a smooth interview process. That is why only a certain number of candidates are entertained at a certain allocated session. By coming too early, you are becoming a liability to them and an 'eye sore' at the reception area. Respect the time, unless you are instructed by them to be in 1 hour early. If not, then 30 minutes will be just nice.

7. Don't worry so much about your English
Yes, trust me, the employer is not hiring an English teacher, so don't worry so much about your English. What the employer is seeking is the way you express your mind, construct your argument as convincing as possible and how mature are you in responding to their questions. This is what most Malay candidates lack of. Candidates from other races would just "belasah jer even English tunggang langgang".
This is the most important tip I got during my 1st interview (thank you Puan Sharifah, wherever you are). Usually, Malay candidates took quite sometime in answering because in their heads they are trying to translate their thoughts into English. They are also trying to get the best English words for that matter. It is quite normal for those who are not using English for their daily conversation though.
So, this is where the negative perception arises. It is not so much about how Malay candidates failed to provide excellent ideas, but the time taken to convey the message is the main issue. The delay in responding to questions will give the impression to the interviewer that you are not confident enough or hesitated to answer. You may have plenty of bright ideas and top class arguments but if you are wasting time looking for the right words, then it makes you look bad... as if you are not prepared, not confident and emotionally unsecured.
So, what to do? "Belasah jer" as it was told to me by Puan Sharifah. She said that the interviewer is more interested in your thoughts rather than your grammar. It is because; your grammar is something that is fixable later by sending you to any English short course. So, my dear friends out there, guys and girls, please, "belasah jer" and make your opinions heard!

8. Be prepared for IQ and Arithmetic Test
Some companies (mostly Banks and Factories) like to set an IQ test for the candidates. Don't worry, it's not quite to gauge how smart are you but it is more on how are you doing under pressure.
a) They want to know how you handle pressure - How many questions you can answer correctly in a limited time frame and in that stressful environment;

b) They want to know what kind of worker you will be - Are you carelessly try to answer all questions but failed in most questions in the attempt to do that? Honestly, no one ever managed to finish all the 100 questions in 1 hour or half an hour, so don't put too much pressure on yourself. Answer it carefully but quickly. The number of questions does not count but the number of the correct ones will be your benchmark.
c) They want to quickly eliminate the non potential workers from potential ones (this is due to the number of people turn up for the interview which is usually very high).
So, I would like to share with you a few tests that you may DEFINITELY pass if you know the twists and turns.

Sharing my experience - Number crunching test:

I went for an interview back in 2002 in one of the Japanese electrical manufacturing company. The test; every candidate was given 1 sheet of paper containing simple numbers 1-9. There was 50 numbers in each row and there were 100 rows.

The instruction was very simple, add the 2 numbers side by side but only write down a single number (1+2 = 3 write down 3, if 9+8 = 17 just write down 7). The exam was timed, and for every row they gave 30 seconds only. When time's up 30 seconds, they would shout "NEXT!" to answer the next line.

Interesting enough, people were very eager to answer at the beginning and starting to slow down as the test progressed to the 30th or 40th row. Mainly it's because your hands already tired and you could no longer think straight.

At the end of the exam, what the HR people did in front of us was; he took a marker pen and started to link the lines (last answered in row 1 down to row 100). Hahahaha! Busted! For those who already slowed down half way, they would get a declining graph. Interesting isn't it?

Myself, of course I scored handsomely because my Business Math lecturer back at the University, Prof. Razak (thanks dear Prof) had already shared with us in class his experience and how to tackle this kind of test. What you must do is, 1) start slow, take your time 2) then only start answering aggressively towards the end.

The philosophy behind it was:

a) People is expected to perform better (improve) when doing repetitive/routine work (answering row 1 to 100 requires the same method of calculation).

b) People is expected to maintain a good performance as time progresses (if you show declining traits, it gives the impression whether you are a quitter or easily loose motivation)

c) It is normal for people to get really enthusiastic during the early employment (aggressively answer the early questions and slows down towards the end).

Sharing my experience - Cue Card Role Play:

This was one of my latest 3 interviews which I attended (my current job, the Islamic Bank and this one). It is a multi-national shipping company. There were 3 levels, 1) you have to pass the written test; 2) you have to pass the cue card role play 3) then only comes a formal interview.
What I wanted to highlight is the cue card role play. You are given 1 situation, then you must act (role play) to handle the issue. If you succeeded the 1st, a 2nd card will come with more challenging problem but you still maintain your role.
In my case, the situation was, I was a Factory Manager of a chemical company. People around the area started getting sick and they blamed my factory for causing the problem. My factory had all the Good Manufacturing Practice (GMP) in place and we did not dispose any harmful material into the drain.

Card 1 : Villagers send their representative to talk to me and demand my company to pay for all their medical expenses.

Card 2 : The "green peace" demonstrate in front of my factory. They did not want to move until I meet their representative. All of them blocked any vehicle from entering the building by laying on the road.

Card 3 : The Y.B interfere and came with the Health Ministry Director. They demanded to close my factory for a week to do investigation.
Card 4 : An employee of my factory was sacked for disciplinary problem. As a revenge, he made up stories that my factory was polluting the drain with harmful material. The media is now covering the story.
Well, my tips to you guys is - defend your company at all cost! In fact, it's not like your company was involved in any illegal operation or anything. This was more towards 'crisis management' and showing your loyalty towards the company.
Of course, we will not just sit there and defend bluntly. Try to create something that was not mention in the cards i.e your company already got approval from Jabatan Alam Sekitar or complied with Akta Kualiti Alam Sekitar 1972 or anything you can think of that can give alibi to you. Be creative :)
After they were convinced with you, then only they would start with the formal interview (Level 3). This cue card was fun though, looking at the interviewers' faces when you counter their facts with made up facts which were not mentioned anywhere in the cards, ehehehe!

Monday, January 3, 2011

Tips Temuduga Untuk "Fresh Graduates" (Part I)

Saya terpanggil untuk berkongsi tips temuduga ini memandangkan prestasi buruk calon-calon Melayu ketika ditemuduga di tempat saya bekerja. Amat sayang sekali kerana kelayakan akademik tiada masalah tapi kecundang sebab masalah-masalah lain.
Justeru, berikut disenaraikan tips-tips penting untuk 'survive' dan 'impress' temuduga pertama anda:
1. Hantar permohonan seawal mungkin
- Mulakan menghantar surat permohonan kerja ketika di semester akhir. Write in ke syarikat-syarikat berpotensi dan jangan sekadar menunggu iklan jawatan kosong. Ini adalah kerana, kebanyakan syarikat tidak akan mengiklankan jawatan kosong mereka sekiranya terdapat stok resume yang banyak (write-in applications) dan kualiti resume tersebut adalah baik. Ini menjimatkan masa syarikat menemuduga kerana tidak perlu menunggu tarikh tamat iklan untuk memproses permohonan.
Satu lagi kelebihan ketara ialah anda mendahului pesaing dengan bertindak awal dan peluang adalah lebih cerah. Contohnya, sekiranya ada graduan seramai 8 ribu orang pada 2010 dan anda dijangka tamat awal tahun 2011. Kebarangkalian anda dipanggil temuduga jika bertindak pada 2010 (ketika di semester akhir) ialah 1:8 ribu orang. TETAPI, jika menunggu hanya selepas tamat belajar pada 2011 untuk mohon pekerjaan, dengan andaian 8 ribu orang juga tamat pada 2011, maka, kebarangkalian anda dipanggil untuk temuduga ialah 1:16 ribu orang (8 ribu graduan 2010 + 8 ribu graduan 2011).
2. Kemasan resume yang cantik
- Susunan maklumat dalam resume mestilah cantik dan teratur. Mulakan dengan pencapaian akademik terkini (Ijazah) baru lah diikuti dengan diploma, stpm, spm dan sebagainya. Kebanyakan syarikat menerima beratus-ratus resume setiap hari, maka amat sukar untuk membaca resume panjang lebar dan lebih menjengkelkan jika maklumat tunggang langgang dan tidak tersusun rapi. Lagipun, yang meneliti resume adalah manusia dan bukan mesin. Manusia mempunyai kecenderungan dan mood berubah-ubah. Justeru, pastikan resume ada ringkas dan padat dan muka surat pertama mengandungi maklumat paling penting.
Pastikan juga resume ada tiada kesilapan ejaan (come on lah, kan ada spell check?). Kalau resume anda ada kesilapan ejaan, persepsi pertama majikan ialah anda seorang yang tidak teliti dalam membuat kerja kerana tidak membuat semakan dan tidak memperuntukkan masa secukupnya untuk menghasilkan satu mutu kerja yang baik - iaitu resume anda. Your resume is your masterpiece!
3. Buat 'homework' sebelum temuduga
- Rajinkanlah diri membuat kajian mengenai syarikat yang anda bakal ditemuduga. Tidakkah anda nampak buruk sekiranya memohon kerja di Company A tapi tidak tahu apa-apa pun mengenai kegiatan perniagaan Company A, malah siapa CEO Company A pun tidak tahu?
Ia bergantung kepada syarikat sebenarnya. Pengalaman saya di 'Oil and Gas', mereka tidak pentingkan berapa banyak kita tahu mengenai mereka sebab mereka lebih berminat dengan skill dan kelayakan kita yang boleh memberi sumbangan kepada mereka. Malah, semasa 30 minit pertama temuduga, pegawai HR mereka yang memberi taklimat mengenai syarikat mereka supaya kita faham dan kenal lebih lanjut.
Bagi sesetengah syarikat lain pula, kegagalan calon membuat homework tentang syarikat mereka menggambarkan calon tidak serius untuk menyertai syarikat tersebut atau tidak ada keinginan yang tinggi (passion) untuk bekerja. Oleh itu, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu untuk mengelakkan persepsi yang salah ketika temuduga terhadap anda (rebah sebelum pergi berjuang).
4. Dress up for success
- TOLONG lah pastikan anda berpakaian kemas dan sesuai untuk temuduga. Terutamanya calon lelaki.... kemeja warna pink? (Sakit mata woo!) Tali leher Tazmanian Devil or Bugs Bunny? (How immature) Alahai... pakailah apa anda nak pakai SELEPAS diterima bekerja dan BUKAN semasa temuduga. Nak kata tidak belajar etiket, semuanya datang dari universiti terkemuka. Pakai tali leher, PASTIKAN kemaskan dan butangkan baju bukan tergantung tali leher macam model Bollywood. Kasut sport TIDAK sesuai dan TIDAK boleh dipadankan dengan office attire adik oi.
Apa yang menarik perhatian saya semasa kami menemuduga batch Executive Trainee tahun 2010 ialah sekumpulan 8 orang graduan datang dengan memakai kot/blazer. Walaupun dressing itu agak 'overkilled' untuk jawatan eksekutif, tapi mereka memang lebih menonjol berbanding ratusan calon lain. Persaingan adalah sengit, 30 kekosongan untuk diisi dengan 250 orang calon disenarai pendek. Oleh yang demikian, cara anda berpakaian memberi refleksi positif tentang siapa anda sebenarnya.
5. Esei pendek
- Kebanyakan syarikat akan membuat ujian esei pendek (English, of course) untuk menilai tahap penguasaan bahasa anda dan kemahiran mengolah idea. Berhati-hati lah menulis esei tersebut dan pastikan olahan idea logik dan berstruktur. Kalau anda sedar ada kelemahan dalam bahasa inggeris, ambil lah inisiatif memperbaiki diri supaya karangan esei anda tidak nampak seperti karangan pelajar Tingkatan 1.
Lucu? Sedih? Tapi itulah hakikatnya yang kami hadapi melihat calon-calon Melayu dengan kualiti karangan esei setaraf pelajar Tingkatan 3. Hendak dikatakan calon tersebut dah lama meninggalkan Universiti, ada fresh graduate juga dengan kualiti karangan yang sama. Kesalahan grammar boleh lagi kita pejam mata sebelah, tapi kalau keseluruhan olahan idea dan struktur yang tidak tahu mana hujung, hujah dan konklusinya macam mana?
Sekurang-kurangnya, kami boleh lagi menolong calon-calon tersebut dengan mengatakan "It's normal and expected, IT people is good with technical skill but lousy with report writing." Cuba anda fikirkan, jika anda tidak memperbaiki kelemahan diri, adakah anda sentiasa akan bernasib baik dan di'selamatkan' orang di tempat lain?
To be continued...