Monday, January 3, 2011

Tips Temuduga Untuk "Fresh Graduates" (Part I)

Saya terpanggil untuk berkongsi tips temuduga ini memandangkan prestasi buruk calon-calon Melayu ketika ditemuduga di tempat saya bekerja. Amat sayang sekali kerana kelayakan akademik tiada masalah tapi kecundang sebab masalah-masalah lain.
Justeru, berikut disenaraikan tips-tips penting untuk 'survive' dan 'impress' temuduga pertama anda:
1. Hantar permohonan seawal mungkin
- Mulakan menghantar surat permohonan kerja ketika di semester akhir. Write in ke syarikat-syarikat berpotensi dan jangan sekadar menunggu iklan jawatan kosong. Ini adalah kerana, kebanyakan syarikat tidak akan mengiklankan jawatan kosong mereka sekiranya terdapat stok resume yang banyak (write-in applications) dan kualiti resume tersebut adalah baik. Ini menjimatkan masa syarikat menemuduga kerana tidak perlu menunggu tarikh tamat iklan untuk memproses permohonan.
Satu lagi kelebihan ketara ialah anda mendahului pesaing dengan bertindak awal dan peluang adalah lebih cerah. Contohnya, sekiranya ada graduan seramai 8 ribu orang pada 2010 dan anda dijangka tamat awal tahun 2011. Kebarangkalian anda dipanggil temuduga jika bertindak pada 2010 (ketika di semester akhir) ialah 1:8 ribu orang. TETAPI, jika menunggu hanya selepas tamat belajar pada 2011 untuk mohon pekerjaan, dengan andaian 8 ribu orang juga tamat pada 2011, maka, kebarangkalian anda dipanggil untuk temuduga ialah 1:16 ribu orang (8 ribu graduan 2010 + 8 ribu graduan 2011).
2. Kemasan resume yang cantik
- Susunan maklumat dalam resume mestilah cantik dan teratur. Mulakan dengan pencapaian akademik terkini (Ijazah) baru lah diikuti dengan diploma, stpm, spm dan sebagainya. Kebanyakan syarikat menerima beratus-ratus resume setiap hari, maka amat sukar untuk membaca resume panjang lebar dan lebih menjengkelkan jika maklumat tunggang langgang dan tidak tersusun rapi. Lagipun, yang meneliti resume adalah manusia dan bukan mesin. Manusia mempunyai kecenderungan dan mood berubah-ubah. Justeru, pastikan resume ada ringkas dan padat dan muka surat pertama mengandungi maklumat paling penting.
Pastikan juga resume ada tiada kesilapan ejaan (come on lah, kan ada spell check?). Kalau resume anda ada kesilapan ejaan, persepsi pertama majikan ialah anda seorang yang tidak teliti dalam membuat kerja kerana tidak membuat semakan dan tidak memperuntukkan masa secukupnya untuk menghasilkan satu mutu kerja yang baik - iaitu resume anda. Your resume is your masterpiece!
3. Buat 'homework' sebelum temuduga
- Rajinkanlah diri membuat kajian mengenai syarikat yang anda bakal ditemuduga. Tidakkah anda nampak buruk sekiranya memohon kerja di Company A tapi tidak tahu apa-apa pun mengenai kegiatan perniagaan Company A, malah siapa CEO Company A pun tidak tahu?
Ia bergantung kepada syarikat sebenarnya. Pengalaman saya di 'Oil and Gas', mereka tidak pentingkan berapa banyak kita tahu mengenai mereka sebab mereka lebih berminat dengan skill dan kelayakan kita yang boleh memberi sumbangan kepada mereka. Malah, semasa 30 minit pertama temuduga, pegawai HR mereka yang memberi taklimat mengenai syarikat mereka supaya kita faham dan kenal lebih lanjut.
Bagi sesetengah syarikat lain pula, kegagalan calon membuat homework tentang syarikat mereka menggambarkan calon tidak serius untuk menyertai syarikat tersebut atau tidak ada keinginan yang tinggi (passion) untuk bekerja. Oleh itu, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu untuk mengelakkan persepsi yang salah ketika temuduga terhadap anda (rebah sebelum pergi berjuang).
4. Dress up for success
- TOLONG lah pastikan anda berpakaian kemas dan sesuai untuk temuduga. Terutamanya calon lelaki.... kemeja warna pink? (Sakit mata woo!) Tali leher Tazmanian Devil or Bugs Bunny? (How immature) Alahai... pakailah apa anda nak pakai SELEPAS diterima bekerja dan BUKAN semasa temuduga. Nak kata tidak belajar etiket, semuanya datang dari universiti terkemuka. Pakai tali leher, PASTIKAN kemaskan dan butangkan baju bukan tergantung tali leher macam model Bollywood. Kasut sport TIDAK sesuai dan TIDAK boleh dipadankan dengan office attire adik oi.
Apa yang menarik perhatian saya semasa kami menemuduga batch Executive Trainee tahun 2010 ialah sekumpulan 8 orang graduan datang dengan memakai kot/blazer. Walaupun dressing itu agak 'overkilled' untuk jawatan eksekutif, tapi mereka memang lebih menonjol berbanding ratusan calon lain. Persaingan adalah sengit, 30 kekosongan untuk diisi dengan 250 orang calon disenarai pendek. Oleh yang demikian, cara anda berpakaian memberi refleksi positif tentang siapa anda sebenarnya.
5. Esei pendek
- Kebanyakan syarikat akan membuat ujian esei pendek (English, of course) untuk menilai tahap penguasaan bahasa anda dan kemahiran mengolah idea. Berhati-hati lah menulis esei tersebut dan pastikan olahan idea logik dan berstruktur. Kalau anda sedar ada kelemahan dalam bahasa inggeris, ambil lah inisiatif memperbaiki diri supaya karangan esei anda tidak nampak seperti karangan pelajar Tingkatan 1.
Lucu? Sedih? Tapi itulah hakikatnya yang kami hadapi melihat calon-calon Melayu dengan kualiti karangan esei setaraf pelajar Tingkatan 3. Hendak dikatakan calon tersebut dah lama meninggalkan Universiti, ada fresh graduate juga dengan kualiti karangan yang sama. Kesalahan grammar boleh lagi kita pejam mata sebelah, tapi kalau keseluruhan olahan idea dan struktur yang tidak tahu mana hujung, hujah dan konklusinya macam mana?
Sekurang-kurangnya, kami boleh lagi menolong calon-calon tersebut dengan mengatakan "It's normal and expected, IT people is good with technical skill but lousy with report writing." Cuba anda fikirkan, jika anda tidak memperbaiki kelemahan diri, adakah anda sentiasa akan bernasib baik dan di'selamatkan' orang di tempat lain?
To be continued...

No comments: