Thursday, April 14, 2011

Good News, Bad News...

Good News...

Jumaat lepas TV my mom kat kampung rosak. Takkan nak balik Aloq sekadar nak beli TV ajer? Lepas tu, teringat iklan Senheng yang anak dia antar TV balik kampung tu.

So, aku pegi lah Senheng. Memang bagus betul. Semua nya online. Aku order dan bayar TV tu kat cawangan Senheng kat Shah Alam, tapi warehouse kat Sungai Petani yang receive dan prepare order. Jumaat petang beli kat Shah Alam, Isnin petang Senheng cawangan Alor Setar dah deliver TV tu kat umah mak aku. Very convenient :).

Sejuk hati mak aku dapat TV baru. Bagus betul konsep Senheng ni, you can order from anywhere and send to anywhere in Malaysia. "Beza, memang berbeza..."

Bad News...

Berita 2 hari lepas (kalau tak salah) PM umum nak bagi rebate 15% cukai pendapatan untuk tarik rakyat Malaysia yang keje luar negara nak balik keje sini.

15%?! What? Dah ler pegi study oversea menghabiskan duit kerajaan tapi tak reti-reti nak balik. Sesen pun tak bayar balik duit scholar pulak tu. Dapat degree keje kat sana, spend duit kat sana. Apa sumbangan diaorg untuk Malaysia? Cukai tak pernah bayar, aliran tunai tak pernah masuk Malaysia in terms of spending dan sebagai. Lagi mau bagi muka diaorg ni ke, siap kasi rebate cukai pendapatan?

Ni yang angin ni, orang macam kita keje kuat, kena potong cukai dalam pay slip every month. Dapat bonus pun kena potong cukai lagi. Duit kita diperabih untuk bawa balik orang-orang macam diaorg? Dah ler aku dapat bonus 4 bulan pun tak terasa sebab kena potong cukai banyak. Takkan nak tunggu taksiran next year baru nak dapat balik lebihan bayaran? Yang tahun ni punya lebihan bayaran pun tak dapat-dapat lagi?

Bagi lah muka sangat kat diaorg tu, macam takde rakyat Malaysia lain sedia ada (yang banyak menganggur) yang berkelayakan nak diambil bekerja. Macam my cousin, kerajaan hantar study UK (dua-dua laki bini under scholar JPA), abis belajar kahwin, dan beranak pinak, keje sana tak reti nak balik. Padan ler JPA pun, apa jadi dengan bond 8 tahun ke 5 tahun untuk scholar tu, langsung takde follow up. At least, kalau dah berlagak sangat kaya raya keje kat luar negara, suruh diaorg bayar balik kos scholar tu so that ramai lagi student kita ada peluang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.