Sunday, July 17, 2011

Budak Matrikulasi 3 Pointer Pun Tak Dapat Tempat Ke Universiti?

Updates: 18 July 2011 Dah ada Ibu yang complain kes yang sama
ARKIB : 18/07/2011

Ke mana arah tujuan pelajar matrikulasi yang gagal ke IPTA?
IBU PRIHATIN
Pasir Gudang, Johor Bahru.

SAYA merupakan ibu kepada pelajar lulusan matrikulasi 2010/2011 yang mana keputusan kemasukan ke universiti untuk peringkat ijazah pertama sessi akademi 2011/2012 telah pun dikeluarkan 15 Julai lalu.

Anak saya tidak berjaya mendapat tempat di universiti yang ditawarkan walaupun melalui kelulusan beliau melayakkannya memohon kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti tempatan.

Beliau sudah pun membuat e-rayuan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi seperti mana disarankan.

Yang menjadi tanda tanya saya, ke manakah arah tujuan pelajar lulusan matrikulasi ini? Mereka berusaha dengan sepenuh usaha untuk mendapat pointer yang bagus dan lulus serta melayakkan mereka untuk menyambung pengajian tetapi gagal mendapat tempat ke universiti tempatan.

Semasa sessi penerangan dahulu, kami ibu bapa dimaklumkan tiada seorang pun pelajar matrikulasi terpinggir daripada mendapat tempat di universiti tempatan kecuali gagal sahaja dan dibuang kerana gagal mendapat keputusan yang baik.

Saya ingin meminta jasa baik pihak Kementerian Pengajian Tinggi terutamanya Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin supaya peka dengan masalah yang dihadapi bekas pelajar matrikulasi.

Mereka ini berminat untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi demi masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
*********************************************************************************

Apa cerita sebenarnya ni? Anak saudara saya dapat CGPA 3 pointer pun still tak dapat tempat masuk U? Siap nak kena buat rayuan pulak lepas ni. Itu pun wallahualam akan dapat ke tidak.
Kenapa jadi macam ini? Buat apa bersungguh-sungguh ambil intake matrikulasi ramai-ramai kalau tempat di Universiti tidak terjamin?
Ada sesiapa kat luar sana dapat jawab kemusykilan saya ni?

1. Kenapa open intake matrik ramai giler tapi tak dapat sedia tempat masuk U?

2. Kenapa tidak bagi peluang pelajar-pelajar ni masuk jugak U walaupun bukan kursus yang diminta? (Sebelum ini pelajar berpeluang juga masuk U kalau tak dapat kursus yang diminta akibat saingan sengit)

3. Kenapa buang masa pelajar-pelajar ini selama setahun kalau end up tak dapat tempat di Universiti. Kalau result teruk lainlah or gagal memang jauh sekali harap simpati. Kalau mereka ini tahu ini jadinya, lebih baik dulu mereka ambil Diploma sahaja.

4. Apa nasib akan jadi pada pelajar Matrikulasi ini? Berbanding saingan lain, pelajar STPM sekurang-kurang ada STPM, pelajar Diploma dah boleh jadi pegawai.. pelajar Matrikulasi? Takkan nak minta kerja guna SPM? Sijil Matrikulasi bukan ada value! Takkan nak punish mereka-mereka ini for doing well in their SPM sedangkan tak diberi advantage langsung memegang tiket pelajar Matrikulasi?

5. Kenapa susah payah kerajaan buang duit berbelanja buka Pusat Matrikulasi seluruh negara dengan pelajarnya mendapat pembiayaan penuh bila at the end of the day product Matrikulasi diketepikan sebegini?

Kecewa betul... sebagai uncle saya kecewa, apatah lagi anak saudara saya yang menanggungnya. Kepada lepasan-lepasan SPM di luar sana, fikirlah masak-masak sebelum menerima tawaran Matrikulasi.
Jika ambil Diploma, anda ada lagi 2 tahun saja untuk tamat...jika tambah setahun, anda dah menggenggam sijil STPM... tapi ambil Matrikulasi? Anda mungkin bazirkan 1 tahun begitu saja, nak masuk IPTS atau nak minta kerja kena balik guna SPM... sayang betul ini terjadi kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM suatu ketika dulu.