Friday, February 28, 2014

Why ask at least 20% expected salary when changing job?

Majikan yang baik tahu dan terbuka untuk mempertimbangkan kenaikan sekurang-kurang 20% kenaikan berbanding gaji semasa pemohon.

Bagi pemohon yang sekadar buta-buta minta kenaikan gaji tanpa asas selama ini pula, anda boleh jadikan ini sebagai rujukan.

Kenapa wajar memohon kenaikan 20% untuk menyertai syarikat baru?

1. Apabila menyertai company baru, besar kemungkinan pemohon akan terlepas kenaikan gaji (standard 5%) untuk tahun pertama beliau kerana belum cukup setahun perkhidmatan.

2. Pemohon juga tidak layak untuk menikmati bonus tahun pertama di company baru (1-2 bulan gaji?) melainkan ada perjanjian (diletak dalam surat tawaran kerja yang pemohon akan mendapat bonus secara pro-rata).

3. Ada sesetengah pemohon yang berpindah sebelum mendapat kenaikan gaji (standard 5%) di company lama, jadi sebenar-benarnya kenaikan yang dipeolehi beliau hanyalah 15% (20% expected salary - 5% confirm dapat kalau stay company lama). Oleh itu, pada pendapat saya amatlah wajar dan berpatutan.

4. 20% kenaikan adalah harga kecil yang ditanggung sesebuah syarikat kerana gagal "retain the talent" atau staff lama yang telah berhenti sehingga wujudnya kekosongan sedia ada.

5. Malah 20% juga dianggap kecil bagi staff yang highly paid/over paid meninggalkan company dan company berjaya mencari talent yang sesuai pada gaji yang jauh lebih rendah. Oleh demikian, apa lah sangat hendak berkira dengan 20% expected salary pemohon?

Guideline pemohon yang ingin bertukar kerja:

1. Same salary, better position = GO.

2. Same salary, same position, near to house = Should Consider.

3. Higher salary, same position = GO.

4. Up salary sikit saja, same position, letih nak go thru 6 months probation balik = NOT Worth It. (Unless you are desperate to leave your current company)

5. Same or lower salary, same position = Thanks but No thanks (Unless you are desperate to leave your current company)

Budi bicara Majikan yang patut dipertimbangkan:

1. Buy-out daripada company lama pemohon bukan bermakna perlu potong dari gaji yang diminta (expected salary pemohon). It is fair to bond the guy, tapi takkan lah pulak minus expected salary pemohon sebab 1 bulan atau 2 bulan yang dibayar sebagai menebus pemohon resign awal. Duit itu bukan menjadi hak milik pemohon pun. Itu perbelanjaan perlu kalau majikan mahu pemohon lapor diri lebih awal.

2. Be fair dan jangan gantung seseorang pemohon terlalu lama. Kalau sudi, katakan sudi, kalau tak sudi katakan tak sudi. Kalau dah permohonan tidak berjaya, tolong beritahu supaya pemohon dapat move-on with his/her life. Ini ada juga majikan yang even worse, beritahu "kami sedang proses offer letter" tapi dalam masa yang sama sibuk temuduga puluhan candidate lain. Apabila gagal dapat candidate yang lebih baik pada harga yang lebih murah, baru lah company release the offer letter kepada pemohon?

Sememangnya pasaran kerja mempunyai saingan yang amat sengit sekarang, tetapi harus diingat, bukan majikan saja berkuasa, offer letter MUST be accepted, atau dalam erti kata lain, ia adalah konsensus dua pihak, pemohon dan bakal majikan.

No comments: